Friday 30 November 2012

Cerita Seram Pacik Aku

erm… .gini kisahnyer… pakcik aku tu koje sebagai pemandu teksi… erm… .adala satu malam tu… .jeng… .jeng… jeng… (buat suspen skit… hehehehhe)… .tgh pakcik aku tercari2 penumpang… ..adela die jumpa sorang pompuan nie… .fuh… .cantiknyer die… .cam model lak… ‘erm… mmg dah rezeki aku dpt penumpang lawa mlm2 nie’… kata pakcik aku… .bile pompuan tu masuk jer… fuh… .bau harum semerbak menusuk hidung pakcikku itu… lepaih tu die terus jln… adala dlm 5 minit lepas tu… pakcik aku teringat die lupa nk tanya pompuan tu nk berhenti kat mane… pakcik aku cube la pandang pompuan tue melalui cermin pandang belakang tu… die tgk takde… ‘aik… .mana lk pompuan nie pi’… getus hati kecil pakcikku… .die cube pandang lagi… takde gak… .eeeeee… pakcik aku dah mula kuar peluh jantannyer dek kerana terlalu panik… ..disebabkan terlampau takut pakcik aku telah buat satu brek mengejut… ..fuh… ..pakcik aku toleh ke belakang… die tgk muka hantu pompuan tu berubah jd garang… .hidungnyer berdarah… ..pakcik aku cube ingat ayat2 suci… .tapi hampeh… .hantu tue dgn perasaan marahnyer… .berkata… ‘kenapa … .kenapa … … KENAPA ?… pakcik aku cubela berlagak tenang di dpn antu tu sambil membalas… ‘kenapa apa … … antu tue dgn perasaan marahnyer.. dan geramnyer… … berkata… ‘kenapa ko brek mengejut… .BODOH!!!… …. … .har… .har… har… … rupa2nyer… .waktu pakcik aku jeling blakng tgk pompuan tue takde sbb pompuan tue tgk tunduk… die tgh melombong bijih… hahahaha… .. … .buat suspen je minah nie… hidung die berdarah disbbkan tertusuk jarinyer masa mengorek apabila pakcik aku buat ‘brek mengejut’… .hahahahahaha… .. … .itula cite seramnyer…

Bomoh Merungkai Misteri Nur

Perasaan hasad dengki merupakan salah satu sikap yang biasa kita dapati dalam diri seseorang. Sikap dengki yang keterlaluan terhadap seseorang adakalanya menyebabkan seseorang bertindak di luar batas etika perikemanusiaan sehingga sanggup mengenakan orang yang didengki dengan pelbagai cara buruk seperti santau dan lain-lain. Ini mengingatkan aku kepada satu cerita yang telah diceritakan oleh officemate aku baru-baru ini.

Nur, seorang eksekutif muda di salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia telahpun berkahwin dengan lelaki pilihannya sendiri kira-kira setahun lebih yang lalu. Pada mulanya semuanya berjalan dengan lancar, kehidupan mereka suami isteri memang bahagia. Kebahagiaan ini ditambah pula dengan kehidupannya yang selesa, maklumlah kerja eksekutif, gaji pun boleh tahan besar, walaupun suaminya hanya seorang kerani sahaja.

Namun langit tidak selalunya cerah, disangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Kehidupan bahagia yang mereka kecapi mulai terganggu ketika usia perkahwinan mereka genap setahun berikutan malang yang menimpa Nur. Entah apa sebabnya kerjanya sebagai eksekutif selalu terganggu kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Jarang sekali Nur sakit, malah batuk pun sangat jarang dihidapinya mungkin kerana dirinya yang rajin bersenam menjadikan antibodinya kuat melawan penyakit.

Namun penyakit yang mengganggunya kini memang betul-betul menyukarkan kehidupannya. Adakalanya disebabkan penyakit tersebut, kerjanya yang banyak tertunda menyebabkan dia membawa masalah di tempat kerja ke rumah. Ini secara tidak langsung menyebabkan rumahtangganya bergolak. Nur sering mengadu sakit kepala terasa seperti berpusing-pusing dan berdenyut-denyut sakitnya. Malah ada masanya ketika sedang sibuk mengadap komputer kepalanya terasa berat dan pandangannya berpinar-pinar.Bukan itu sahaja Nur juga sering muntah-muntah dan tekaknya sering merasa loya, malahan selera makannya juga sangat pelik.

Kadangkala Nur tiada langsung selera makan, tetapi ada masanya Nur makan terlalu banyak seolah-olah ada sesuatu dalam dirinya yang turut makan bersama! Keganjilan selera makan Nur sangat ketara apabila dia yang selama ini tidak menyukai seafood tiba-tiba berubah sikap menjadi seseorang yang sangat sukakan seafood. Hari demi hari penyakit Nur bertambah teruk bila sikapnya yang periang dan baikhati berubah kepada seseorang yang sering marah-marah. Selain itu, Nur juga sukar tidur seperti ada sesuatu yang sering membuatkan dirinya gelisah terutama pada waktu malam. Rakan-rakan sepejabatnya mulai syak yang Nur terkena buatan orang lantas mengesyorkan suami Nur supaya membawa Nur berjumpa bomoh.

Namun suaminya berkeras mengatakan yang Nur tiada apa-apa, mungkin demam biasa sahaja. Sikap suami Nur yang berdegil tidak mahu membawa Nur pergi berubat amat mengejutkan rakan-rakan sepejabatnya. Di atas rasa simpati, rakan-rakan sepejabat Nur sepakat untuk membawa Nur berjumpa bomoh tanpa pengetahuan suami Nur. Dan jangkaan mereka tepat apabila bomoh yang mereka temui mengesahkan yang Nur terkena buatan orang! Namun hajat mereka agar bomoh tersebut dapat membantu Nur tidak kesampaian apabila bomoh tersebut mengatakan ianya sudah terlambat, Nur tidak dapat diubati lagi.

Walaupun bomoh tersebut tidak dapat mengubati Nur tetapi dia dapat memberitahu siapa yang bertanggungjawab menyebabkan Nur jadi begitu. Apa yang memeranjatkan rakan sepejabat Nur adalah apabila bomoh tersebut mengatakan suami Nur sendiri yang menyebabkannya jadi begitu. Kini persoalan mereka mengapa suami Nur berkeras tidak mahu membawa Nur berubat terjawab sudah. Persoalan yang tinggal kini adalah mengapa suami Nur sanggup melakukan perkara tersebut ke atas isterinya sendiri? Memandangkan bomoh yang mereka temui gagal membantu, rakan sepejabat Nur mengambil keputusan untuk cuba membawa Nur ke hospital pula. Di hospital, mereka menerima satu lagi kejutan apabila doktor yang merawat Nur turut mengesahkan Nur terkena buatan suaminya sendiri. Mana mungkin rawatan moden juga memberikan jawapan tersebut. Tapi yelah… memanglah Nur terkena buatan orang, dia disahkan mengandung 2 bulan!… betullah terkena buatan suami sendiri heh… heh. he he

Esok Baru Cabut

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”

Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”

Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”.

MORAL:
Sebenarnya sebagai insan yang bijaksana, tidaklah wajar untuk kita buruk sangka dan mencuri-curi dengar perbualan orang lain. Ini mungkin akan menyebabkan kita salah sangka kerana kita tidak tahu cerita selengkapnya. Akibatnya, kita sendiri mungkin akan dapat malu kerana bertindak melulu…

Pening

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti…

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama….

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen…

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama…

Atuk (Boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh…

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah
membatalkan outstation tu…

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi
uruskan semuanya..

Woakakaka….penat aku nak taip lagi nie….

Mentol Lampu

Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu.
Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai,sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya.

Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling.

Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai.

“Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?” jawab pesakit dengan nada marah.

“Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling ?” tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yg lagi satu.

“Oh.. Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit..
Dia ingat dia tu mentol lampu!” jawab pesakit tadi.

“Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti ?” soal doktor lagi.

“Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?”

Bukit Bintang

Seorang polis duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju, seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja.
Maka Polis trafik pun berfikir ” Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain”

Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita – dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang – mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat.

Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya ” Apa kesalahan saya tuan? saya tidak melebihi had laju.. kenapa ditahan?”

“Makcik” polis trafik menjelaskan ” makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain”

“lambat dari had laju ?” wanita itu merasa hairan.

“Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda ..[JALAN AMPANG 22]!” bantah wanita itu dengan marah.

Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu, wanita itu mengucapkan timah kasih atas penjelasan itu.

” Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan… adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat” polis trafik itu bertanya kehairanan

“Oh… jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309].”

Bagaimana Hendak Mengenali Pak Pandir

* dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.

* dia fax surat dengan stem diatasnya.

* cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.

* cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.

* study hard untuk ujian darah.

* tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.

* fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.

* vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.

* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.

* mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.

* dia sedang baca email ini. 

Borang Kerja

Oleh kerana dah boring isi borang kerja kosong tapi asyik tak dapat, Ezlan menggunakan teknik baru supaya company yang dia apply kerja tu beri perhatian kepada permohonannya.

Name : Ezlan
Age : Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat which dead 2 years before
Race: I love to race. How u know?
Nationality : I don’t like National. I prefer Sanyo
IC No.: 6735
Tel No.: My house no telephone
HP No.: Nokia 3310
Address: Jelutong, Penang
City: Nurhaliza?
Postcode: I never post anything
Country: I love travel to London
Status: Secret
EmailAddress : Hotmail
Education Background : My teacher said, not bad
Working Experience : Last time I got sell pirate VCD
Father’s Name : Daddy
Father’s IC No. : U ask him
Mother’s Name : Mummy
Mother’s IC No. : U ask her
Expected Salary : As much as u can pay
When can start work? : Depends on my mood
Highest Qualification : Very high
Grade : Also very high
College/University : College
Signature : Can I use chop??

Kaki Pancing

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.


Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe.rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya.

CEO Baru

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata

“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini ”

“Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata ” FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari”

“Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi. ” Kamu pula ? “tanyanya kepada calon kedua.

“KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip ” jawab calon kedua.

“Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan ” kata CEO itu.

” Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon ketiga.

“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas” jawab calon ketiga.

“Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

” Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT ” jawab calon keempat dengan yakin sekali.

“Haaa…? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah”

Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.

Thursday 22 November 2012

8 Fakta tentang KFC

Siapa di dunia ni yang tak kenal KFC,iaitu salah satu restoran yang terkenal di dunia dengan kelazatan ayam KFC nya.. Ada 10 fakta menarik untuk dikongsi bersama pembaca sekalian..

1. Pencipta KFC, '' Kolonel Sanders ''. sebenarnya hanyalah seorang manager SPBU yang bernama Harland Sanders..

2. Restoran KFC pertama dibuka diluar SPBU ,yang diberi nama ''Sanders Court & Cafe''


3. Bucket ayam pertama dijual pada tahun 1952..

4. Hanya di amerika sahaja,pelanggan KFC mencapai bilangan 8 juta orang per hari..

5. KFC telah mempunyai cawangan lebih dari 80 buah negara di seluruh dunia..

6. Pada tahun 1982,KFC dibeli oleh Nabisco dan dijual ke Pepsi Co.. Jadi sekarang KFC dimiliki oleh Pepsi Co..

7. Resepi KFC dijumpai pada tahun 1940..

8. Resepi asli tersebut masih dirahsia kan dan disimpan dengan selamat di Louisville,Amerika Syarikat..

Fakta Tentang Katak Terbesar Di Dunia

Burung helang menjadikan tikus makanannya, itu biasa terjadi dalam dunia haiwan. Tetapi, jika katak yang menjadikan tikus makanannya, itu merupakan peristiwa luar biasa.

Begitulah yang terjadi di Afrika. Katak mempunyai “hobi” memakan tikus.

Katak Afrika merupakan sejenis katak paling besar di dunia. Dengan permukaan tubuh kasar dan licin, umumnya katak jenis ini memiliki sifat agresif dan temperamen.

Karnivor amfibia itu boleh melompat sejauh 12 kaki dan memiliki gigi taring yang kuat digunakan bertarung.
Senior Tropical House Keeper di Taman Binatang Newquay, Inggeris, Dan Garrick yang setiap hari memberi makan katak raksasa menyatakan, katak Afrika merupakan sejenis katak serakah.

“Sejenis katak pembunuh yang hanya duduk menunggu mangsanya,” kata Dan Garrick di Newguay, Inggeris.
Cara berburu katak yang mempunyai warna hijau kuning ialah dengan cara melakukan serangan tiba-tiba pada haiwan yang boleh dijangkaunya. Binatang yang menjadi mangsa itu dipastikan mati lemas, tidak bernyawa sebelum sampai pencernaan.
“Jika mangsanya terlalu besar, maka katak itu menunggu isi perutnya keluar,” jelas Garrick.
Walaupun kelihatan sangat garang, katak ini ternyata mempunyai sifat penyayang. Induk katak ini selalu menjaga telur dan berudu dari ancaman pemangsa. Jenis katak ini juga menggali kolam khusus untuk memastikan anak-anak mereka tidak mati kekeringan.
Katak Afrika atau dalam bahasa Latin disebut Adspersus pyxicephalus merupakan pemakan serangga, tikus maupun burung. Katak ini dikenali sebagai karnivor berbeza dengan katak-katak lain.
Seekor katak Afrika ini beratnya boleh menjangkau dua kilogram, dengan panjang mencapai 24 sentimeter. Katak ini boleh ditemui di seluruh wilayah Afrika bahagian selatan, tengah dan timur.

Sunday 14 October 2012

10 Tempat Yang Tidak Dapat Dilihat Di Google Maps

Kita selalu menggunakan Google Maps sebagai rujukan untuk mengetahui sesuatu tempat..
Dari bandar-bandar besar hinggalah ke kawasan pedalaman yang terpencil..
Akan tetapi, tahukah anda bahawa ada 10 tempat di dunia yang tidak dapat dilihat/dikaburkan dalam Google Maps..

Di antaranya adalah :

1. The Royal Residence, Belanda


Royal Palace Amsterdam di Belanda - dipanggil Koninklijk Paleis Amsterdam - menyertai satu senarai panjang tempat-tempat yang dikaburkan dalam Google maps yang berkaitan dengan keluarga diraja Belanda, termasuk Stables Diraja dan satu lagi kediaman yang dipanggil Huis 10 Bosch..

2. Buffalo Niagara International Airport

Lapangan Terbang Antarabangsa Buffalo Niagara sebahagian besarnya diputihkan pada Google Maps dan butiran tidak boleh dilihat apabila kawasan di-zoom..

3. Tileantauco National Park, Chile


Taman Negara Tantauco di Chile hanya boleh dilihat daripada penanda melalui Google Maps. Rizab semulajadi swasta adalah rumah kepada banyak haiwan terancam..

4. Keowee Dam, South Carolina



Empangan Keowee buatan manusia pada Tasik Keowee di South Carolina juga kabur di Peta Google. Berbentuk seperti pokok Krismas, empangan membantu menjalankan utiliti kuasa yang dipanggil syarikat Duke Energy.

5.Tapak Misteri Rusia


Tidak pasti mengapa lokasi ini di Rusia telah kabur keluar, lebih-lebih lagi sejak ia di dalam Siberia tundra. Bandar terdekat adalah Egvekinot, Rusia, yang merupakan jiran ke Alaska menyeberangi Selat Bering.

6. Lapangan Terbang Minami Torishima, Jepun


Lapangan Terbang Minami Torishima - lapangan terbang satu landasan menghidangkan pulau Minami Torishima, yang terletak di luar pantai timur Jepun - oversaturated dengan warna putih. Ia kini digunakan oleh Tentera Jepun, Pertahanan Maritim.

7. The Michael Aaf Building, Utah


Dugway Proving Ground di Dugway, Utah adalah kawasan yang diduduki oleh Tentera Darat Amerika Syarikat di mana tentera boleh menguji sistem senjata biologi dan kimia. Bangunan AAF Michael diputihkan, kemungkinan besar atas sebab-sebab keselamatan..

 8. Cornell University Combined Heat and Power Plant, New York


The Cornell University Combined Heat and Power Plant di Ithaca, NY - yang dibuka pada tahun 2010 - menjadi kabur pada peta Google. Berteknologi tinggi, kemudahan eko-mesra menjana elektrik dari gas asli sebagai sebahagian daripada usaha universiti itu untuk mengurangkan pengeluaran karbon dioksida..

9. Babylon, Iraq


Bandar Babylon, Iraq kelihatan seperti tanah ladang tidak berkesudahan daripada sebuah bandar purba yang sibuk..

10. Vlissingen, Belanda


Hartanah yang dimiliki oleh keluarga diraja belanda tidak-satunya tempat yang kabur di belanda.Menyertai senarai tanki minyak di Vlissngen(gambar),serta beberapa kem tentera dan pangkalan tentera udara.Kawasan tanah di sebelah kiri juga nampaknya akan pixelatted dan diselaraskan..

Home

Cara-cara Membuat Blog (tiada gambar)

Membuat blog sebenarnya sangat mudah.. Yang penting,kita perlulah kemahuan yang tinggi.. Banyak sumber  yang boleh kita belajar di dalam google .. Untuk mencipta blog,kita mesti mempunyai akaun blogger di www.blogger.com ..

Langkah-langkahnya adalah seperti di bawah :
1. Klik pada sign up jika belum ada akaun gmail..
2. Isikan butir butir dalam form  yang disediakan  dan klik pada next step..
3. Anda akan dibawa ke langkah ke-2 iaitu create your profile dan klik ke next step..
4. Langkah ke 3..you all set anda Berjaya membuat akaun blogger..
5. klik back to blogger untuk confirm profile anda..
6. Klik back to blogger..
7. Anda dibawa ke dashboard blogger..klik pada new blog..
8. Masukkan tajuk blog dan alamat blog anda dan pilih template yang dikehendakki..
9. Kemudian klik create blog..
10. Anda dibawa kembali ke dashboard..
11. klik pada start posting..
12. Masukkan tajuk artikel pada title..
13. Taipkan artikel pada ruangan yang disediakan dan klik publish untuk memaparkan posting anda..

p/s : bagi anda yang sudah mempunyai akaun gmail anda boleh sign ke www.blogger.com dan melompat terus ke nombor tujuh..

Saturday 13 October 2012

17 Fakta Tentang Facebook

1. 1 dari 13 orang di dunia saat ini memiliki sebuah akaun Facebook. Lebih dari separuhnya log in setiap hari.

2. 2% dari seluruh pencarian di Google tahun 2010 lalu adalah carian keywords Facebook.

3. 4 Februari 2004 adalah tarikh ketika Mark Zuckerberg merasmikan Facebook dikala dia masih menjadi mahasiswa di Universitas Harvard.

4. Rata-rata 8 friend request dikirimkan oleh seorang pengguna Facebook tiap bulan.

5. Mark Zuckerberg memiliki 24% saham di Facebook. Salah satu pemilik saham yang lain adalah Microsoft dengan jumlah 1,3%.

6. 25% perusahaan dilaporkan menolak pelamar setelah menyelidiki profil Facebook mereka.

7. 27% user Facebook tidak menampilkan status hubungan mereka

8. 42% lelaki dan 63% wanita mengaku menggunakan Facebook sebagai medium untuk mencari mantan kekasih.

9. Facebook diterjemahkan dalam 76 bahasa.

10. Pengguna Facebook tertua berumur 104 tahun. Dia adalah Lilian Lowe yang berasal dari Wales.

11. Rata-rata pengguna Facebook punya 130 teman.

12. Facebook mempunyai 1700 pekerja di 12 negara.

13. Sebanyak 66.168 foto ditag di Facebook setiap minit.

14. 2.176.000 pesanan dikirim via Facebook setiap 20 minit

15. 35 juta orang mengubah status Facebooknya setiap hari.

16. 38 juta user Facebook mengunjungi halaman ‘Texas HoldEm Poker’ setiap bulan.

17.  Facebook dianggarkan bernilai 32 million poundsterling.

Wow..hebatnya facebook ni..
tersangat lah hebat facebook ni..
Setiap masa kita akan log in facebook..

ok lah.. k bye..